+603-5885 5995 info@impra.com.my

IMPRA™ ANTI PEST

Anti-Pest
Anti-Pest-v.1.3

IMPRA Anti Pest merupakan produk racun serangga dan racun kulat dengan kaedah semburan sedia-guna sebagai agen anti serangga dan kulat yang dirumus khusus dari bahan-bahan organik seperti cili, daun mambu (neem), serai wangi (Citronella) yang terbukti berkesan menghalang serangga perosak jangkitan penyakit pada pokok.

Serangga perosak merupakan fenomena biasa yang terjadi kepada pekebun atau petani dengan skali kecil mahupun besar. Namun, tindakan awal dan langkah berjaga-jaga perlu dititikberatkan bagi memastikan tanaman anda tumbuh dengan sihat dan menghasilkan tuaian yang segar dan bebas racun serangga mahupun kulat.

Penggunaan racun serangga IMPRA Anti Pest yang berkala mampu membantu untuk melumpuhkan aktiviti serangga perosak. Racun serangga IMPRA Anti Pest perlulah digunakan dengan anggaran 1 hingga 2 kali seminggu iaitu pada waktu awal pagi atau awal petang. Langkah pencegahan perlu diambil kira dengan menggunakan racun serangga IMPRA Anti Pest secara berterusan walaupun kesan keatas serangan serangga perosak masih kelihatan.