Biosoil
28 Liter & 7 Liter

       Informasi  Produk

Berat :
28 Liter & 7 Liter

Bentuk :
Campuran partikel kasar dan halus

Produk :
Media tanaman
Tanah campuran

                     KEGUNAAN UTAMA

  • Sebagai campuran tanah media.
  • Untuk pemasuan semula (re-potting)
  • Memperbaiki struktur tanah.
  • Membekalkan nutrien untuk kesuburan tanah

Penerangan Produk

Campuran seimbang 6 dalam 1 yang mengandungi tanah atas, tanah bakar, sabut kelapa, sekam padi, hampas sawit, pasir kasar dll.  Sesuai untuk semua jenis tanaman dan digunakan sebagai campuran tanah media.

Ia kaya dengan humus serta dengan kandungan serabut yang sesuai untuk menyimpan dan menyerap air. 

Biosoil juga mampu memperbaiki struktur  tanah dan membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.  Ia dapat memberi ruang yang secukupnya untuk akar pokok berkembang dengan baik dan menyerap oksigen secukupnya. Biosoil juga dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti tanaman.

Sesuai digunakan untuk pasuan semula dan tidak memecahkan pasu. 

Bebas dari najis haiwan, 100% organik,  berkualiti, dan mesra alam.

Aturan Penggunaan

Boleh digunakan secara terus sebagai media tanaman ataupun dicampurkan dengan media lain bergantung kepada jenis tanaman yang ingin ditanam.

Perhatian

Gunakan sarung tangan dan peralatan pertanian yang sesuai semasa menggunakan Biosoil.

Hubungi Kami