Kita seringkali bengang dengan bau dan kotoran dari haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing. Tambah-tambah lagi jika haiwan peliharaan tersebut adalah haiwan liar berkeliaran atau dari rumah jiran berdekatan. Boleh jadi bergaduh atau bermasam muka bila rumah atau laman kita menjadi tempat pembuangan kotoron mereka.

Tambah lagi bau dari kencing kucing amat sukar dihilangkan. Ini kerana kencing kucing bukan saja kuat melekat, tetapi sifat binatang tersebut yang akan pasti ‘membuang’ lagi ditempat yang sama kerana bau kencing tersebut adalah sebagai penanda kawasan untuk mereka.

Kini anda boleh mencegah kucing dari mengotori kawasan rumah dengan semburan Odourid. Cuma spray (mode stream) ditempat ‘pembuangan’ kucing tersebut setiap hari untuk 1 minggu pertama, dan ulang setiap 2-3 kali seminggu selepas itu. Semburan Odourid bukan saja akan menghilangkan bau busuk dari kencing atau najis binatang, malah ia akan menghilangkan ‘penanda kawasan’ bagi binatang tersebut. Dengan bau serai wangi (lemongrass) asli yang kuat, Odourid berkesan untuk mencegah binatang dari mengotori tempat yang sama.

Semburan Odourid adalah 100% organik dan tidak mengandungi bahan kimia terlarang. Boleh juga digunakan untuk menghalau binatang binatang atau serangga perosak lain seperti cicak, semut, lipas dan pijat (bedbug).